Tips Memilih Senar Pancing

Anda memiliki hobby? tentu semua orang memiliki hobby, tapi mungkin sedikit orang yang belum memiliki hobby. Berhubung admin hobby memancing, admin akan share tips memilih senar pancing. Horaaayyy.....

Pemilihan tali pancing yang tepat dan betul banyak mempengaruhi hasil pancingan setiap kaki pancing. Terdapat pelbagai jenis dan tujuan bagi setiap tali pancing yang terdapat dipasaran.

Terdapat dua jenis tali pancing dipasaran iaitu main line dan hook line. Penggunaannya disesuaikan dengan tujuan kita iaitu mencari ikan besar/kecil. Diameternya juga disesuaikan dengan besar kecilnya ikan yang kita inginkan.


Jenis-jenis tali pancing

Monofilament adalah jenis tali dengan serabut (filament) tunggal, yang terbuat dari bahan asas nylon. Bahan asas pembuatan tali nylon ini adalah biji nylon (nylon chips).
Monofilament terbahagi kepada tiga jenis iaitu:- Nylon Homo-Polymer, merupakan generasi pertama dari jenis nylon yang diperbuat dari bahan nylon 6. Jenis ini masih dikeluarkan sehingga kini kerana ia merupakan pilihan yang paling ekonomi.

Nylon Co-Polymer, merupakan jenis yang diformulasi khusus untuk mengatasi kekurangan pada jenis homopolymer. Dengan elongasi (mengganjalan pada ketika ditarik) yang kecil, kelenturan yang lebih baik dan memiliki kekuatan lebih tinggi dari jenis nylon homo-polymer. Ianya diblending (dicampur) dari dua jenis bahan iaitu nylon 6 dan nylon 66. Jenis ini dibagi lagi menjadi :
  1. Extra Strength
  2. Better Abrasion Resistance
  3. SofterFluoro Carbon, Jenis ini dibuat untuk mengatasi kelemahan dari jenis bahan nylon, dibuat dari bahan polyvinyledene fluoride (PVDF).
Kelebihan jenis ini adalah :
  • Indeks bias (Reflexion Index) ianya adalah 1.43 karena menghampiri indeks bias air iaitu 1.34, jadi penampakan jenis ini lebih tak terlihat dibandingkan dengan jenis nylon yang memiliki indek bias 1.53.
  • Berat jenis (Bouncy), jenis ini juga lebih cepat tenggelam daripada jenis nylon dengan kadar beratnya 1.78kg/lt yang lebih berat daripada berat jenis nylon 1.14kg/lt, (berat jenis air tawar = 1.00kg/lt)
  • Jenis ini tidak banyak menyerap air, sehingga dalam keadaan basah atau kering sifatnya tidak banyak berubah atau lebih solid.
  • Jenis ini lebih tahan terhadap radiasi ultra violet.
 Kekurangan jenis ini adalah :
  • Tenacity (kekuatan tanpa dipengaruhi diameter) carbon lebih kecil dibandingkan dengan nylon,pada ukuran diameter yang sama,jenis nylon lebih kuat dibanding dengan fluoro carbon.
  • Kelenturan fluoro carbon kurang cantik dibanding dengan jenis nylon.
  • Perbandingan kekuatan ikat terhadap kekuatan linear oleh jenis fluoro carbon hanya 60%, dibandingkan dengan jenis nylon yang antara 70% hingga 80%.
  • Harga jenis fluoro carbon jauh lebih mahal dibandingkan dari jenis nylon.
Multifilament adalah jenis dengan banyak serabut/filament. Permukaan jenis ini kasar, tidak sehalus dengan bahan nylon.

Braided adalah jenis senar yang memiliki banyak serabut dan menyerupai jalinan rambut. Dibuat dari bahan plyethylene (PE) yang disebut Dyneema. Jenis ini unggul karena keregangannya rendah, kekuatan lebih baik dan sifatnya menyerap air, tidak transparansi.
 
sumber : klik disini
 
(sabeth) 
Share on Google Plus

About sabeth | wacana.us

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment